Model Pemilihan dan
Penggunaan Media Serta Bahan Sumber ICT dalam Pembestarian Pengajaran
1.0 PENDAHULUAN
Pembangunan peradaban manusia pada zaman ini dicorakkan oleh
revolusi maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi
maklumat dan komunikasi ( ICT). Kini
dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT, auranya sudah dapat di
rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke peringkat globalisasi.
Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan penggunaan ICT dalam
pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan. Dalam usaha merapatkan jurang
digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan
bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah.
Oleh itu, pelbagai
pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan
kebolehan
pelajar digunakan untuk mencapai hasil
pembelajaran melalui penekanan penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan
juga haruslah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jika dilihat daripada skop pengajaran dan pembelajaran pula, Penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Antara perkara penting yang perlu
diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada
guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja
ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi
bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Oleh sebab itu, ICT dilihat
sebagai salah satu komponen penting yang dapat membantu meningkatkan minat
pelajar dalam pembelajaran.
Berbagai-bagai kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan
powerpoint, filem, multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul
halim 2008) juga pernah mengatakan bahawa
“Pelbagai perisian yang digunakan
mampu menambah pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan pengalaman
bermakna,meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari bidang ilmu seperti
Sains dan Matematik.
Masa kini, pelajar sekolah lebih
banyak menggunakan ICT hanya untuk melayari laman sembang sosial sahaja seperti
facebook, twitter, my space dan sebagainya.
Fenomena
seperti
ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen
2007). Seharusnya minat pelajar ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para
guru atau ibu bapa untuk mendidik palajar tersebut agar menggunakan manfaat
ICT ke arah penggunaan yang betul dan
seterusnya memberikan impak positif kepada diri pelajar tersebut. .
Menurut Alessi dan Trollip (2001)
pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu
ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana
jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber
tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan
menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh
disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru.
Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pengajaran menjadikan proses pengajaran menjadi bertambah seronok dan
bermakna untuk pelajar, serta memudahkan pelajar. Cuma apa yang perlu di
berikan perhatian adalah tentang teknik atau kaedah yang digunakan, supaya
tidak membebankan pelajar.
2.0 LATARBELAKANG
KAJIAN
Dalam
kajian yang telah kami lakukan, kami telah menggunakan Model ASSURE sebagai
petunjuk arah dalam menjalankan kajian kami di mana dalam kajian kami, kami
telah melakukan kajian bagi mengukur dan melihat minat pelajar sekolah menengah
melalui penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Berdasarkan Model ASSURE, model ini dapat digunakan bagi membantu guru memilih
dan menentukan penggunaan pelbagai jenis media dalam pengajaran pada tahap
optima. Model ini lebih memberi petunjuk kepada guru untuk merancang, melaksana
dan menilai pengajaran menggunakan media dan bahan sumber yang lain dan dalam kajian
kami, bahan sumber yang kami tekankan adalah secara umum iaitu ICT di mana ICT
ini boleh merangkumi bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk
memperoleh, memproses dan menggunakan maklumat untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.
Berdasarkan Model ASSURE ini juga,
kami telah menggunakan enam langkah yang telah disenaraikan dalam model ini
iaitu analisis ciri – ciri pelajar, nyatakan objektif pengajaran, pilih kaedah,
media dan bahan, penggunaan media dan bahan, penglibatan pelajar dan penilaian
serta semakan semula. Langkah pertama iaitu analisis ciri – ciri pelajar. Dalam
menganalisis ciri – ciri pelajar, kami fokuskan kepada pelajar tingkatan tiga
di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin Dua Kajang . Ciri – ciri pelajar
yang kami tetapkan adalah secara umum iaitu pelajar adalah terdiri daripada
pelbagai kaum, bangsa dan agama. Kebanyakkan pelajar menguasai gaya
pembelajaran bebas di mana semua pelajar berinteraksi secara bebas mengenai
pembelajaran yang dipelajari apabila guru – guru mereka menggunakan ICT dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi berinteraksi secara kawalan oleh guru –
guru mereka.
Seterusnya ialah nyatakan objektif
pengajaran di mana melalui objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru,
guru mengajar menggunakan perisian ICT yang betul dan sesuai dengan isi
pengajaran. Ciri yang seterusnya ialah pilih kaedah, media dan bahan sumber di
mana melalui ciri ini, guru memilih bahan berdasarkan media dan bahan sumber –
sumber yang sedia ada seperti animasi, video, tayangan power point dan
sebagainya sebelum sesi pembelajaran bermula dan bagi mendapatkan hasil yang
mantap sebelum pembelajaran bermula, guru di sekolah tersebut akan menjalankan
langkah – langkah yang seterusnya seperti pilih, ubahsuai bentuk sumber yang
ingin digunakan.
Bagi menentukan bahan sumber adalah
yang terbaik, lima langkah perlu diikuti seperti meneliti semula bahan sumber,
penyediaan bahan sumber, penyediaan persekitaran, penyediaan pelajar dan
terakhir ialah pelaksanaa pengajaran di dalam kelas.
Ciri yang seterusnya ialah
penglibatan pelajar. Sepanjang pemerhatian yang kami lakukan di sekolah
tersebut, kebanyakkan pelajar telah melibatkan diri mereka secara aktif
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kemudian, ciri yang seterusnya
ialah penilaian dan semakan semula. Dalam ciri ini, penilaian ini telah
dilakukan selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran dan penilaian ini
adalah bertujuan untuk mengukur minat pelajar dan juga untuk menilai
keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran. Hasil penilaian kami, kebanyakkan
pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi apabila guru menggunakan ICT dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Secara kesimpulannya, melalui Model
ASSURE, penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam menarik
minat pelajar dalam sesi pengajaran adalah tepat di mana dalam kajian yang kami
lakukan menunjukkan hasil yang bertepatan dengan apa yang dinyatakan dalam
Model ASSURE.
3.0 PENYATAAN
MASALAH
Sistem
pendidikan di Malaysia sangat mementingkan untuk melahirkan insan yang berjaya
dari segi akademik. Walaubagaimanapun, kejayaan pelajar dalam bidang akademik
bermula dengan usaha menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek.
Terdapat
segelintir guru yang merasakan mengajar merupakan sesuatu yang mencabar
sehingga sukar untuk membantu pelajar memahami apa yang ingin disampaikan.
Persoalannya mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah subjek yang diajar itu
merupakan satu subjek yang sangat sukar sehingga dianggap silibus itu hanya
sesuai untuk segolongan pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi atau adakah cara
penyampaian dan pengajaran guru serta pemilihan bahan bantu mengajar yang tidak
berkesan? Pengajaran bukanlah suatu tugas yang sukar kepada guru kerana mereka
telahpun mendapat latihan selama 4 tahun sebelum bergelar guru. Guru perlu
memastikan bahawa pelajar dapat memahami isi kandungan silibus matapelajaran
kerana konsep dan kemahiran yang diajar merupakan sesuatu yang berkaitan dengan
kehidupan seharian. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
memikirkan cara yang terbaik dengan berfikir secara kreatif dan kritis dalam
usaha menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu dan memudahkan
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok kepada pelajar yang
seterusnya membantu dalam proses
peningkatan minat dan kefahaman pelajar.
Begitu
juga halnya dengan terdapat pelajar yang mengeluarkan kenyataan bahawa
pengajaran adalah sesuatu yang membosankan, mengelirukan dan membebankan
mereka. Hal ini demikian kerana guru hanya mengajar menggunakan buku teks
semata-mata dan hanya menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah kuliah tanpa
melibatkan penyertaan pelajar dalam proses P&P tersebut. Seseorang guru
perlu sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan
dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin,
1990). Jadi, guru perlu sedaya upaya untuk mencari rangsangan yang dapat
menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam kalangan pelajar.
Oleh itu, pengetahuan guru dalam menggunakan bahan yang dipilih dan penggunaan
pelbagai teknik P&P, pemberian latihan yang berperingkat-peringkat dan
bermakna mengikut tahap kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil
kira semasa memilih bahan yang ingin digunakan. Guru perlu memikirkan tentang
faedah yang diperoleh pelajar hasil penggunaan bahan tersebut. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan minat
pelajar terhadap kandungan pelajaran yang ingin disampaikan dan seterusnya
dapat menyediakan pelajar yang mempunyai motivasi kendiri untuk terus belajar
dengan bersungguh-sungguh.
Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai
sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut:
a.
Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang
diharapkan.
b.
Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
c.
Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang
diperlukan
dalam penggunaannya.
d.
Dibuat dengan perincian yang tepat.
e.
Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun
hilang.
f.
Rupa bentuk dan warna yang menarik
g.
Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah
h.
Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.
i.
Mudah diubah alih dan dipasang semula.
j.
Fleksible dan pelbagai guna.
k.
Operasinya mudah
l.
Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan
semasa
demonstrasi dalam kelas.
4.0 KAEDAH
KAJIAN
Dalam usaha kami menjalankan kajian
yang bertujuan mengkaji hubungan antara penggunaan bahan bantu mengajar yang
berupa ICT dalam pengajaran dengan minat pelajar, kami terlebih dahulu
mengenalpasti responden yang akan kami kaji. Kemudian kami telah memikirkan
kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang
diperlukan untuk menyelesaikan kajian ini.
Kaedah soal selidik merupakan kaedah
yang popular dikalangan penyelidik untuk mendapatkan data mengenai perkara yang
ingin dikaji. Oleh yang demikian kami telah merangka sebanyak 26 soalan untuk
dimuatkan dalam borang soal selidik yang kami edarkan kepada responden yang
telah dikenalpasti. Kami menemui dan menjalankan soal selidik ini terhadap
responden yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2.
Responden kami terdiri daripada seramai 20 orang yang berusia dalam lingkungan
15 dan 17 tahun iaitu mereka yang menduduki tingkatan 3 (10 orang) dan
tingkatan 5 (10 orang). Kaedah ini merupakan cara yang cepat untuk kami
mendapatkan data, namun selepas soal selidik yang diberikan kepada responden
dikembalikan semula kepada kami, kemudiannya kami membuat analisa berdasarkan
jawapan-jawapan responden.
Kaedah lain yang kami gunakan adalah
pemerhatian iaitu melihat sendiri bagaimana guu menjalankan pengajaran di dalam
kelas, bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan dan memerhati tingkahlaku
pelajar semasa sesi P&P sedang berjalan. Selain itu kami turut membuat sesi
temubual dengan beberapa orang guru mengenai cara-cara mereka memilih bahan
bantu mengajar untuk digunakan di dalam P&P dan respon yang diberikan
pelajar serta pencapaian mereka di dalam kelas.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Pada keseluruhannya penganalisaan dapatan kajian ini
dibahagikan kepada tiga bahagian :
a) Hubungan
di antara minat dengan penggunaan ICT dalam pengajaran
b) Ciri-ciri
Bahan Bantu Mengajar yang sesuai
c) Jenis-jenis
bahan bantu mengajar ICT yang dapat menarik minat pelajar
Terdapat
seramai 20 orang responden yang dikehendaki memberi jawapan kepada
ietm-item
yang telah dikemukakan. Item
1 hingga 15 untuk mendapatkan data tentang
minat pelajar terhadap penggunaan ICT. Data tentang ciri Bahan
Bantu Mengajar yang sesuai
dan jenis bahan bantu mengajar ICT yang menjadi pilihan pelajar terdiri dari item 1
hingga 4 dan item 1 hingga 5 di bahagian B.
Bahagian
A : Hubungan di antara minat dengan penggunaan ICT
Kami menyenaraikan
tahap persetujuan responden terhadap hubungan di antara minat pelajar dengan
penggunaan ICT dalam pengajaran dalam satu susunan jadual dan item – item yang digunakan
ialah bersifat positif dan negatif.
No. soalan
|
STS
|
TS
|
SE
|
S
|
SS
|
1
|
0
|
0
|
2
|
12
|
6
|
2
|
2
|
8
|
4
|
6
|
0
|
3
|
0
|
4
|
4
|
10
|
2
|
4
|
0
|
0
|
2
|
10
|
8
|
5
|
0
|
0
|
4
|
8
|
8
|
6
|
6
|
10
|
4
|
0
|
0
|
7
|
0
|
2
|
2
|
12
|
4
|
8.
|
1
|
0
|
1
|
7
|
1
|
9.
|
0
|
1
|
5
|
3
|
1
|
10.
|
3
|
6
|
1
|
0
|
0
|
11.
|
1
|
6
|
1
|
2
|
0
|
12.
|
0
|
0
|
1
|
9
|
4
|
13.
|
0
|
0
|
1
|
5
|
4
|
14.
|
0
|
1
|
4
|
5
|
0
|
15.
|
0
|
1
|
2
|
6
|
1
|
Jadual 1.1 : Data jawapan responden untuk bahagian A
Bahagian
B : Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai
NO.SOALAN
|
STS
|
TS
|
SE
|
S
|
SS
|
1
|
0
|
0
|
2
|
12
|
6
|
2
|
0
|
2
|
2
|
12
|
4
|
3
|
0
|
0
|
0
|
16
|
4
|
4
|
0
|
0
|
2
|
16
|
2
|
Jadual
1.2 : Data jawapan responden untuk bahagian B (ciri Bahan Bantu Mengajar ICT)
Bahagian
B : Jenis Bahan Bantu Mengajar ICT
No soalan
|
STS
|
TS
|
SE
|
S
|
SS
|
1
|
2
|
4
|
6
|
4
|
4
|
2
|
0
|
0
|
6
|
10
|
4
|
3
|
0
|
2
|
4
|
6
|
8
|
4
|
0
|
0
|
2
|
6
|
12
|
5
|
0
|
0
|
4
|
6
|
10
|
Jadual
1.3 : data jawapan responden untuk bahagian B (jenis bahan bantu mengajar ICT)
6.0 ANALISIS
DATA
Soal
selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripada
responden.
Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untuk memastikan
pelajar mengikut arahan yang diberikan.
No.soalan
|
Positif (%)
|
Negatif (%)
|
1.
|
100
|
0
|
2.
|
50
|
50
|
3.
|
80
|
20
|
4.
|
100
|
0
|
5.
|
100
|
0
|
6.
|
20
|
80
|
7.
|
90
|
0
|
8.
|
90
|
10
|
9.
|
90
|
10
|
10.
|
10
|
90
|
11.
|
30
|
70
|
12.
|
100
|
0
|
13.
|
100
|
0
|
14.
|
90
|
10
|
15.
|
90
|
10
|
Jadual
2.1 : analisis data bahagian A
Rajah 1.1: analisa data bahagian A
Berdasarkan
analisis data di atas boleh dilihat untuk soalan bernombor 1, 4, 5, 12 dan 13
semua responden (100%) berada di bahagian positif yang menunjukkan responden
membulatkan lebih kepada serdahana, setuju dan sangat setuju. Seterusnya dapat
dilihat lima soalan (7, 8, 9, 14, 15) peratus di bahagian positif adalah 90%
menunjukkan 19 orang responden menjawab pada serdahana, setuju dan sangat
setuju. Akhir sekali, soalan bernombor tiga mendapat peratusan tinggi yang
menjurus kepada positif iaitu sebanyak 80%.
Dalam
kajian ini juga, terdapat sebilangan pelajar yang menunjukkan minat yang tinggi
terhadap penggunaan ICT dalam sesi pengajaran. Seperti yang dapat dilihat dalam
rajah di atas, sebanyak 10 peratus yang memberikan respon bagi soalan nombor 10 iaitu ‘Penggunaan ICT dalam pengajaran oleh guru
tidak langsung menarik minat saya pada sesuatu matapelajaran’. Manakala
bagi nombor soalan 11 sebanyak 30 peratus menunjukkan pelajar minat terhadap
penggunaan ICT.
Bahagian
B : Ciri-ciri bahan bantu mengajar yang sesuai.
Peratusan
(%)
No. soalan
|
Negatif (%)
|
Positif (%)
|
1
|
0
|
100
|
2
|
10
|
90
|
3
|
0
|
100
|
4
|
0
|
100
|
Jadual
2.2 : Analisa data bahagian B (Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar ICT)
Rajah
1.2 : Analisa data bahagian B ( Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar ICT)
Berdasarkan
jadual di atas , di dapati hampir
keseluruhan responden bersetuju menyatakan bahawa kesemua ciri-ciri bahan-bahan
bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sangat
sesuai.Bagi soalan pertama , ketiga dan keempat peratusannya mencapai tahap
paling maksimum iaitu sebanyak 100 peratus , dan ini bermakna kesemua responden
bersetuju menyatakan bahawa bahan bantu mengajar ICT yang di gunakan oleh guru
sangat sesuai dengan isi pengajaran yang di sampaikan, dapat menarik perhatian
pelajar serta kemas dan mudah untuk di gunakan. Soalan no. 2 pula berkenaan
tentang sama ada bahan bantu mengajar
ICT yang digunakan oleh guru tersebut dapat dilihat dengan jelas atau
tidak telah mencatatkan peratusan sebanyak 90 peratus
responden bersetuju , dan 10 peratus responden tidak setuju.
Bahagian
B : Jenis Bahan Mengajar ICT
Peratusan
( % ) :
No soalan
|
Negatif (%)
|
Positif (%)
|
1
|
30
|
70
|
2
|
0
|
100
|
3
|
10
|
90
|
4
|
0
|
100
|
5
|
0
|
100
|
Jadual
2.3 : Analisa data bahagian B ( Jenis Bahan Bantu Mengajar ICT)
Rajah 1.3 : Analisa data bahagian B (Jenis Bahan
Bantu Mengajar ICT)
Bagi
penggunaan bahan pengajaran berbentuk slaid,video dan multimedia, hasil
daripada analisis data yang berjaya dikumpul menunjukkan 100% pelajar berasa
seronok apabila bahan ini digunakan oleh guru semasa mengajar.Bagi bahan
pengajaran berbentuk carta seramai 70%
pelajar menyukai apabila guru menggunakannya sebaliknya 30% tidak suka menggunakan
bahan ICT berbentuk carta dan sebanyak 90% pelajar menyukai bahan pengajaran
yang digunakan berbentuk audio dan baki 10% lagi tidak menyukai bentuk bahan
pengajaran ini.
7.0
PERBINCANGAN
Minat yang mendalam terhadap penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran akan
mendorong pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang sesuatu subjek. Dalam
erti kata lain, pelajar yang meminati ICT
tidak akan menganggap sesuatu subjek sebagai suatu yang susah atau membosankan. Pelajar akan merasakan
bahawa penggunaan ICT berupaya menjadikan aktiviti pembelajaran sebagai
sesuatu yang menyeronokan.
Jadi tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
menentukan adakah penggunaan ICT yang digunakan sebagai Bahan Bantu Mengajar
itu merupakan salah satu cara yang dapat
menarik minat pelajar-pelajar ini supaya meminati sesuatu subjek atau
sekurang-kurangnya dapat membangkitkan motivasi untuk meminati sesuatu subjek
yang diajar. Kaedah yang dipilih dalam
kajian ini ialah kaedah pemerhatian dan soal selidik. Seramai 20 orang
responden terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan dua, Sek. Keb. Taman Jasmin 2,
Kajang, Selangor dipilih untuk menjadi responden.
7.1
Hubungan antara penggunaan ICT dengan minat pelajar
Berdasarkankan kepada jadual 2.1, dapatan kajian
menunjukkan bahawa penggunaan ICT dapat meningkatkan minat pelajar terhadap
sesuatu subjek. Didapati sebahagian besar pelajar memberi respon positif
terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sesuatu subjek. Mereka meyokong serta
memberi sambutan yang baik terhadap penggunaan ICT kerana bagi mereka tanpa ICT proses
pengajaran dan pembelajaran adalah membosankan. Berdasarkan peratusan yang
diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan ICT sebagai bahan bantu
mengajar dapat membantu menarik minat pelajar tingkatan 3 SMK Taman Jasmin 2 terhadap
pembelajaran.
Keputusan ini selari dengan kajian yang telah
dijalankan oleh Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997, m.s
18). Beliau mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
menimbulkan kesan positif seperti pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan
pengajar.
Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan pelajar
berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam sesuatu subjek telah mendorong dan memotivasikan diri
mereka, menimbulkan rasa seronok dan menjadikan diri mereka lebih rajin untuk belajar. Dapatan kajian ini juga
menjelaskan bahawa ICT memainkan peranan yang penting dalam menarik minat para pelajar terhadap
pembelajaran. Hal ini selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Dale
(1963, m.s 67) iaitu beliau mengelaskan tujuh nilai penting tentang penggunaan
Bahan Bantu Mengajar iaitu salah satunya menyatakan bahawa penggunaan Bahan
Bantu Mengajar boleh merangsang minat yang tinggi di kalangan para pelajar dan
minat merupakan satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Dapatan ini
juga turut disokong oleh dapatan kajian oleh Rulon dan Arnspinger (1998, dalam
Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20). Mereka juga turut bersetuju bahawa
penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsang pemikiran dan pemahaman serta lebih
banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh pihak pelajar itu sendiri.
7.2
Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai
Pada keseluruhannya pelajar menyatakan Bahan Bantu
Mengajar yang digunakan oleh
guru
mereka adalah sesuai, jelas, menarik perhatian dan kemas. Namun begitu mereka
tidak menafikan kadang kala ada di antara Bahan Bantu Mengajar tersebut tidak
memenuhi keempat-empat ciri yang digariskan secara serentak. Ini dapat dilihat
pada bilangan pelajar yang memberi respon kepada item yang terdapat pada borang
soal selidik. Di mana masih ada pelajar yang memberi jawapan negatif tetapi
bilangannya tidaklah ramai. Berdasarkan Jadual 2.2 dan rajah 1.2, untuk ciri
kesesuaian 100% pelajar bersetuju
menyatakan bahan bantu mengajar ICT yang digunakan oleh guru sesuai dengan isi
pengajaran yang disampaikan.
Manakala dari segi kejelasan pula seramai 10%
menafikan bahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunakan itu jelas. Ini mungkin
disebabkan faktor jarak antara pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar berkenaan, contohnya
peta atau carta. Mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat
melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah
tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan.
Seterusnya dapatan kajian menunjukkan kesemua
pelajar bersetuju menyatakan bahan bantu mengajar ICT yang digunakan oleh guru
dapat menarik perhatian pelajar, kemas dan mudah digunakan.
7.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Mengikut
Pilihan Pelajar
Hasil kajian menunjukkan wujud variasi peralatan
Bahan Bantu Mengajar yang diminati dan dipilih oleh pelajar. Berdasarkan Jadual
2.3 dan Rajah 1.3 , di mana 100% pelajar lebih cenderung memilih bahan ICT
berbentuk slaide,video dan multimedia sebagai pilihan utama mereka. Ini selari
dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin berpengaruh dalam
kehidupan kita hari ini. Kaedah pengajaran dengan menggunakan ICT dapat
meningkatkan motivasi dan minat pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian yang
dibuat oleh Jonassen (1998, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s.
75), beliau mendapati bahan pengajaran melalui ICT memberikan motivasi
yangtinggi kepada pelajar untuk belajar.
Terdapat banyak perisian pendidikan yang mempunyai
unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan
gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta
menerima maklumbalas daripadanya. Ciri interaktif yang ada dalam perisian
komputer berpotensi meningkatkan motivasi belajar.
Begitu juga penggunaan video kerana bahan ini mudah
didapati dan menarik serta sesuai untuk pelajar yang belajar menggunakan kaedah
penglihatan dan pendengaran. Bahan video seperti vcd mengenai pendidikan banyak
disediakan di pusat sumber negeri. Pihak sekolah boleh
mendapatkan
salinannya dari sana ataupun dibeli dari pasaran. Bahagian TV Pendidikan pula
menyediakan banyak rancangan pendidikan yang disiarkan melalui ASTRO.
Bagi bahan bantu mengajar yang menggunakan carta
sebanyak 70% pelajar berminat terhadap bahan yang ini. Sebaliknya sebanyak 30%
pelajar lagi tidak meminati jenis bahan ini. Hal ini mungkin disebabkan pelajar
ini tidak menguasai cara untuk menganalisis carta. Manakala jenis bahan bantu
mengajar yang kurang mendapat sambutan daripada pelajar juga adalah bahan audio
iaitu 90% pelajar sahaja yang menyukai bahan jenis ini dan selebihnya 10% tidak
menyukainya.
Walau apapun bahan Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan jika guru tahu mengendalikannya dengan baik akan menarik minat
pelajar untuk terus mengikuti pengajarannya. Hasil penemuan ini turut di sokong
oleh dua orang pengkaji berikut iaitu Naim Ahmad(1989, m.s. 64) dan Nurudin
Jamin (1983, dalam Hasimah Yassim, 2000 m.s.12). Naim Ahmad telah merumuskan
hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajar iaitu mempelbagaikan media
pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan dalam diri pelajar. Manakala
dalam kajian Nurudin pula, beliau mendapati bahawa model buatan berjaya menarik
minat para pelajar disebabkan keadaannya 3 dimensi. Minat ini patut
dieksploitasikan untuk menggerakkan perasaan
ingin
tahu dan imaginasi pelajar.
8.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang kami
jalankan dapat disimpulkan bahawa kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan
melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran. Secara keseluruhannya pelajar
berpendapat penggunaan ICT di dalam pengajaran berupaya menarik minat mereka
untuk belajar. Dengan Kata lain, memang wujud hubungan positif antara
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan minat pelajar.
Bahan Bantu Mengajar berunsur ICT seperti audio, video, multimedia yang
digunakan oleh guru dapat mengelak pelajar daripada cepat bosan ketika belajar.
Bahan Bantu Mengajar menggunakan ICT
yang baik mestilah memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan. Kesesuaian bahan
ICT yang digunakan dengan isi pelajaran yang diajar adalah sangat penting
supaya pelajar dapat menerima dengan jelas setiap isi pelajaran yang ingin
disampaikan. Selain itu juga, kejelasan, menarik dan kekemasan sesuatu Bahan
Bantu Mengajar ICT perlulah berjaya
memenuhi setiap keperluan pelajar. Jika tidak memenuhi ciri-ciri yang telah
ditetapkan maka tidak tercapailah matlamat penggunaan ICT tersebut bagi menarik
minat pelajar untuk belajar.
Jelaslah di sini jenis Bahan Bantu Mengajar ICT yang paling diminati
pelajar adalah berbentuk slaid, audio dan multimedia. Walaubagaimanapun, kita
tidak boleh mengambil kira apa jua jenis ICT yang digunakan oleh guru untuk
membantu sesi pengajaran tetapi penggunaan ICT tersebut perlulah mampu untuk
mencapai matlamat dan mewujudkan suasana yang memberangsangkan minat pelajar.
RUJUKAN
Hanim
Sulaiman & Hairulniza Zakaria. Pembangunan
perisian pembelajaran berpandukan
computer
( PBK ) bagi tajuk pecahan tingkatan satu berdasarkan model pembelajaran
ASSURE.
Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia
Siti
Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2010. Perspesi
guru terhadap penggunaan bahan
Bantu
mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran J – Qaf.
Journal of
Islamic and Arabic Education. 2 ( 2
) . 53 – 64.
. Rosnaini
Mahmud & Mohd Arif hj Ismail. 2010. Impact
of training and experience in using
ICT
on in – service teacher basic teacher’s. Malaysian Journal Educational
Technology.
10 ( 2 ) : 5-10.
Rozinah
Jamaludin. 2005. Multimedia dalam
pendidikan. Utusan Publication Distributor
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Mohd
Arif Ismail. Model Pemilihan dan
penggunaan media serta bahan sumber ICT dalam
Pembestarian
pengajaran. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bangi.
Mohd
Arif Ismail. 2006. Aplikasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan
Pembelajaran.
Fakulti Pendidikan . Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Sharifah
Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap penguasaan penggunaan ICT
Dalam
pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah
. Jurnal Pendidikan Malaysia. 36 ( 1
) : 25 – 34.
Siti
Fauziah Abd Aziz. 2007. Tahap penggunaan
teknologi maklumat sebagai pemudah
Komunikasi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PNP) dalam kalangan
pensyarah Politeknik.
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional. UTHM.
No comments:
Post a Comment