Sunday, 29 April 2012

ggge2153 10 alat teknologi pendidikan

10 ALAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN


1. MOTORIZED SCOOTER

1.  Mobility yang dapat membantu memudahkan OKU untuk bergerak kemana-mana dan kenderaan ini lebih selesa dinaiki oleh  OKU berbanding dengan  motosikan tiga roda
2. Kerusinya juga boleh di selaraskan  ke depan dan ke belakang mengikut keselesaan pengguna.
3. Dilengkapi dengan kerusi yang empuk, dan tempat untuk bersandar  dan dapat membantu mengurangkan sakit belakang  bagi perjalanan yang agak jauh
4. Menjimatkan minyak

 
2. EYE TRACKING DEVICES
1.  Pelajar kejuruteraan BYU telah mencipta suatu alat atau system yang dikenali sebagai  “eye tracking devices “  yang membolehkan pengguna  OKU terutamanya untuk mengawal  computer dengan hanya menggunakan mata.
2. Hanya dengan mebayangkan huruf dan menulisnya dengan menggerakkan mata mengikut bentuk huruf berkenaan sudah dapat membolehkan pengguna untuk melayari internet.
3. Pengguna juga boleh  “click”  seperti menggunakan tetikus hanya dengan mengelip mata sahaja.
4. Bagi membolehkan alat ini berfungsi dengan lancar, pengguna perlu duduk dengan betul, berhadapan dengan kamera untuk membolehkan kamera tersebut dapat menangkap pergerakan mata dan berfungsi seperti yang dikehendaki.



3. GLIDE CYCLE FOR THE INJURED AND DISSABLED
1. secara umumnya, pengguna tetap perlu menggunakan kaki untuk menggreakkan basikal ini, tetapi basikal ini tidak memberi beban kepada anda untuk menampung berat badan.
2. alat ini sangat sesuai untuk individu yang cedera atau kurang upaya untuk digunakan pergi bersenam , dan merupakan salah satu intervensi untuk memperkembangkan  kemahiran motor kasar
3. dijual pada harga $1649 dolar.


i4. CLUBBY
1.  dicipta oleh individu yang bernama kosik, ilham datang setelah beliau melihat seorang pengguna yang berkerusi roda meletakkan computer di atas ribanya untuk masa yang lama.
2. beliau mengatakan bahawa alat ini dapat membantu mengurangkan kecederaan atau sakit pada spinal cord atau di tulang belakang.
3. Iclubby ini lengkap dengan kerusi yang boleh diselaraskan jaraknya dengan skrin mengikut keselesaan, pemegang skrin computer, meja kecil dan monitor, lampu, dan juga  “sound system ”.

 
5. WHEELCHAIR WITH ROBOTIC ARM
1. Direka oleh John B. Carnett, dari Universiti of  Pittsburgh
2. sesuai digunakan untuk individu yang mengalami kekurangupayaan fizikal seperti Quadriplegic.
3. membantu memudahkan kerja –kerja harian seperti memasak, memakai atau mengambil baju, membeli belah, mengalihkan sesuatu yang tidak terlalu berat, membasuh baju atau pinggan dan sebagainya.
4. kerusi ini juga boleh mengawal pad sesentuh untuk telefon bimbit, microphone dan sebagainya bergantung pada keperluan.
5. tangan robot itu dikawal menggunakan alat yang disediakan di tepi tempat duduk, dan penggunaannya tidak menyukarkan pengguna.


6. A LEGALLY BLIND ROBOTIC GUINEA PIG FOR TESTING ARTIFICIAL EYES.
1.  Diperkenalkan oleh California Institute of Technology.
2.meransang dan memantulkan imej kepada  individu yang buta yang telah melakukan pembedahan retina. Kekaburan untuk melihat sesuatu objek dengan jelas itu dapat diatasi dengan bantuan alat ini, yang akan menangkap imej tersebut, dan memperlihatkannya dengan jelas kepada pengguna menggunakan “ image processing software ” .
3. dijual pada harga $20000, lengkap dengan 4 roda dan dilengkapi dengan software yang akan memproses gambaran imej yang terbentuk oleh individu yang baru sahaja melakukan pembedahan retina, ini kerana biasanya setelah melakukan pembedahan imej yang terbentuk masih lagi kabur dan mengambil masa yang lama untuk stabil. 
4. mempunyai kamera yang dapat menunjukkan sesuatu imej dengan tepat dan jelas.

7. FRIENDLY SHOPPING TROLEY FOR DISSABLED PERSON
1.  rekaan yang unik ini sangat berguna kepada individu yang kurang upaya terutamanya yang menggunakan kerusi roda.
2. ketinggiannya juga menepati standard trolley membeli belah yang terdapat di semua kompleks membeli belah.
3. semua barang boleh diletakkan di dalam bakul yang disediakan khas di depan kerusi.
4. trolley ini juga  tidak memerlukan pengguna untuk mengangkut barangan yang di beli, sekaligus memberi kemudahan kepada pengguna.


8. TELEFON BIMBIT BRAILLE TOUCH
1.  teknologi ini membantu individu yag buta untuk mengirim SMS dengan menggunakan layar sesentuh.
2.  geoegia tech memproduksi aplikasi brailletouch ini  berdasarkan system penulisan Braille.
3. cara untuk kendalikannya adalah hanya dengan menggunakan 6  jari tanpa  memerlukan gerakan tangan.
4. cara menggunakannya adalah lebih mudah dan aplikasi ini akan tersedia untuk telepon keluaran Apple dan Android.


9. CAR FOR DISSABLED
1.  mobility yang membantu OKU untuk bergerak kemana sahaja, dan rekaannya sangat memudahkan pengguna OKU.
2. dilengkapi dengan  “ wheelchair lift atau ramp” yang membolehkan pengguna berkerusi roda untuk masuk atau keluar  dari kenderaan ini dengan senang, lift tersebut digerakkan oleh electronic dan system hydraulic , dimana pengguna hanya perlu berada di platform, seterusnya platform akan diangkat dan digerakkan perlahan-lahan menghampiri pintu masuk.
3. pengguna hanya perlu duduk di kerusi roda semasa memandu kerana kereta ini di lengkapi dengan  “wheelchair tie downs” yang berfungsi untuk memegang dan menahan kerusi roda daripada bergerak.
4. dilengkapi juga dengan “special control for disabled person’ merangkumi system kawalan tangan dan “hand break’

10. SUBTITTLE GLASS
1.  direka dengan cermin mata yang memberi gambaran yang dekat dengan jelas , sesuai untuk individu yang mengalami masalah penglihatan kategori rabun.
2. dilengkapi juga dengan alat main semula audio, dan ini sesuai untuk individu yang mengalami masalah pendengaran. Jadi secara tidak langsung pengguna dapat melihat atau mendengar dengan jelas tanpa memberi sebarang gangguan kepada orang lain.
3.  menurut perekanya , alat ini direka khas untuk memudahkan individu yang kurang upaya  masalah pendengaran atau penglihatan untuk  pergi menonton cerita kegemarannya di pawagam.
4.  6 jenis bahasa disediakan untuk pengguna dan diprogramkan atau dikawal menggunakan  “wireless transmitter ‘, dan rekaan ini juga membolehkan penonton untuk menonton wayang  yang 3D.

No comments:

Post a Comment